- Details
- Super User
- Hits: 2519
SIJIL PENYENGGARAAN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI (SVM)
Program Sijil Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi (SVM) merupakan program sepenuh masa peringkat sijil yang ditawarkan selama dua tahun, iaitu tiga semester pengajian dan satu
semester latihan industri. Program ini dibentuk untuk memenuhi keperluan majikan, tenaga pengajar dan pihak yang bertanggungjawab dalam perkembangan sektor pekerjaan kerana sektor
ini memberi pulangan yang besar dalam perkembangan industri automotif negara. Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada
permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Oleh itu, untuk mengikuti perkembangan pesat dalam sektor TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti (JPPKK) secara progresif bekerjasama dengan pemain industri yang utama di negara ini membangunkan kurikulum Sijil Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi. Program
ini mengambil masa selama empat semester yang merangkumi tiga semester akademik di kolej komuniti dan satu semester untuk menjalani latihan industri di industri berkaitan semasa di
semester akhir. Pelajar berpeluang mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan penyenggaraan motosikal secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi
pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri.
Melalui program ini juga, pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sijil Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi
permintaan tenaga kerja dalam sektor industri. Struktur program ini merangkumi modul keselamatan bengkel, teknologi bengkel, sistem bahan api, sistem roda, pemeriksaan dan servis
asas motosikal, sistem brek, sistem pacuan akhir, analisa kerosakan enjin, sistem klac, sistem gantungan dan stereng, sistem elektrik enjin motosikal, khidmat pelanggan, sistem transmisi,
sistem pengurusan enjin, rombak rawat kepala silinder dan rombak rawat enjin.
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam penyenggaraan motosikal berkuasa tinggi untuk
memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam teknologi automotif. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:
a. mekanik
b. juruteknik servis motosikal
c. penasihat servis motosikal (service advisor)
d. pengusaha bengkel servis motosikal
e. pengusaha bengkel tayar motosikal
f. pengusaha bengkel elektrik motosikal
g. pengusaha kedai aksesori motosikal
h. pakar pemulihan motosikal (restoration specialist)
i. operator pemasangan motosikal
j. detailing bike wash attendant
k. pemeriksaan motosikal
l. juruteknik elektrik motosikal
m. jurujual motosikal
n. pengusaha E-dagangan automotif
o. insurance Adjuster
p. pengusaha pusat aksesori motosikal
q. pengusaha alat ganti motosikal
r. pengusaha pusat dynamometer motosikal
s. krew sukan permotoran motosikal