Video
Aktiviti / Program
Syarat Am Kemasukan | 1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) |
Tempoh Pengajian | 4 semester |
SINOPSIS
Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi komputer dan rangkaian yang terkini. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara sistem komputer dan rangkaian. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan komputer dan rangkaian. Program ini menawarkan modul teras Asas Pengaturcaraan, Asas Sistem Digit, Asas Elektrik dan Elektronik, Senibina Komputer, Asas Komunikasi dan Rangkaian, Pengenalan Pembangunan Laman Web, Sistem Pengoperasian Komputer, Pengenalan Pangkalan Data, Teknologi Rangkaian, Keselamatan Komputer, Pentadbiran Rangkaian, Baikpulih dan Penyenggaraan Komputer dan Pentadbiran Server. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian.
Sijil Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan
graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi
permintaan tenaga kerja dalam sektor industri. Struktur program ini merangkumi modul
keselamatan bengkel, teknologi bengkel, sistem bahan api, sistem roda, pemeriksaan dan servis
asas motosikal, sistem brek, sistem pacuan akhir, analisa kerosakan enjin, sistem klac, sistem
gantungan dan stereng, sistem elektrik enjin motosikal, khidmat pelanggan, sistem transmisi,
sistem pengurusan enjin, rombak rawat kepala silinder dan rombak rawat enjin.
Aktiviti / Program