PENGENALAN KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK

 

Kolej Komuniti Bagan Datuk, Perak adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Menawarkan pengajian pada peringkat Sijil untuk lepasan SPM dan kursus-kursus kemahiran jangka pendek yang terbuka kepada semua warga Malaysia.

Kolej Komuniti Bagan Datuk telah beroperasi di alamat No. 40 - 51, Lorong Lagenda 2, Medaniaga Lagenda, Hutan Melintang, 36400, Perak.

Kolej ini menawarkan pengajian peringkat sijil dalam 2 bidang :

1. Sistem Komputer dan Rangkaian.

2. Penyelenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi.

Selain itu juga kolej Komuniti Bagan Datuk ini juga menawarkan kursus-kursus pendek dengan pelbagai jenis kursus menarik. 

Kolej Komuniti Bagan Datuk ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.